Saturday, September 3, 2016

Cucur tepung sarapan pagi

2 cawan tepung
Sedikit garam
Air secawan

Cara:

Tepung dalam mangkuk dibuat pusingan kosongkan tengah.
Masukkan air garam dan gaul.
Rasa.

Panaskan minyak.
Goreng sesudu demi sesudu.
Siap.

Nak sedap letak ikan bilis dan bawang cincang.

Cicah sos cili.

Thursday, July 28, 2016

Mee Hoon gerenti sedap

Bahan:

Sebungkus mee hoon
Daging cincang
Sos Tomato 4 sudu
Sos Cili 2 sudu
Cuka 1 sudu
Taugeh 50sen
Udang kalau ada
Kicap kalau suka masin
Sos tiram 1 sudu.
Bawang putih 3 ulas di tumbuk halus
Air segelas

Panaskan minyak
Tumis bawang putih
Masukkan daging
Masukkan sos tomato, sos cili, cuka, sos tiramdan sedikit air
Gaul sampai menggelegak
Masukkan Mee hoon dan gaul rata, kalau kering sangat tambah air biar dia mendidih
Gaul sekata
dah kering sikit, masukkan telur sebiji (optional)
gaul lagi, last sekali masukkan taugeh gaul 5 saat, tutup api dan siap

Daging masak halia ala low grand

Bahan:

Daging lembu dihiris nipis 2 inci x 1 cm - buat dalam 6 keping
bawang putih 3 biji ditumbuk lumat
Halia tak nak tumbuk pun tak pa, tapi hiris nipis2
Sos tiram 2 sudu
Kicap 1 sudu


Panaskan minyak
Masukkan daging dan goreng agak separuh masak
Angkat

Masukkan bawang putih, halia, sos tiram dan kicap dalam kuali tadi
gaul2 dan rasa, atau bau dah sedap sangat, masukkan daging dan gaul2

Siap....

Ketam Masak ala Low Grand

Bahan:

Ketam 2 ekor besar (belah tengah pon ok, tak belah pun ok, tapi siang buang insang dia ye)

4 biji Telur masin yang direbus (ambil kuning dia saja nanti)
Tepung jagung
Minyak Masak
Bawang putih ditumbuk 3 biji
Cili merah ditumbuk 1 biji
minyak masak
butter sesudu
daun kari 4 pucuk

Cara2:

taburkan tepung jagung hingga meliputi si ketam
Goreng ketam dalam minyak panas hingga separuh masak
Angkat taruk tepi

panaskan butter dan sedikit minyak
masukkan bawang putih yg dah tumbuk dan cili merah tadi
Masukkan kuning telur yang dah ditumbuk lumat
MAsukkan daun kari
Gaul sampai gelegak
Masukkan ketam gaul2 sampai rata.
Angkat

Siap....

Friday, July 1, 2016

Doa malam lailatulqadar


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu 
mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): 
sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir 
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan 
orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. 
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku 
(dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah 
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi 
baik serta betul."
(Al-Baqarah: 186)

Ini adalah janji Allah, Dia akan perkenankan doa kita.
Bila??? Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Jangan kita cepat berputus asa. Dengan doa dan
usaha yang betul, berserahlah kepada-Nya.
Dan paling PENTING, kita yakin bahawa Dia
akan tunaikan hajat kita itu.
Inshaa Allah.

Allahummainnaka 'afuwun Karim, tuhibbul 'afwa fa' fuanna
Waanwaalidina
Waanjamiilmusliminawal muslimat
Birahmatikayaa arhamarraahimin...
Amin.

Wednesday, June 29, 2016

Char kuetiau gerenti sedap

Bahan:
Bawang putih 3 ulas dihiris
Udang sedang 5-6 ekor ikut suka. Kalau suka letak banyak.
Taugeh
3 sudu Sos tiram
2 sudu Kicap
Cili BOH satu sudu kalau nak pedas boleh
Telur 3 biji
Kuetiau sebungkus utk 3 org makan

Cara:
Panaskan minyak masak 2 sudu
Masukkan bawang putih hiris tadi
Api sederhana
Bila dah kuning sikit masukkan udang yang dah digunting janggut dia
Bila nampak udang dah macam pinkish sikit, angkat dan letak dlm piring

Masukkan cili BOH, sos tiram dan kicap. Masukkan sikit air. Kacau2 sampai mendidih.
Masukkan kuetiau dan gaul rata.
Dah rata, masukkan telur dan kacau sampai telur agak masak.
Masukkan udang tadi dan taugeh.
Gaul sekejap jgn sampai taugeh tu layu pulak, nanti tak sedap.
Siap.


Mee kari ala cina

Bahan:

Sebungkus mee kuning 800gm
Rempah kari daging babas 200gm
Satu paket santan serbuk
Asam jawa secukupnya dlm besar guli.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
     Ketiga² bahan di atas diblender halus.
Bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.

Ayam seekor saiz kecil dipotong kecil.

Taugeh
Tauhu sekeping dipotong dadu dan digoreng rangup
Fish ball putih sepaket
Fiah cake sebatang
Kerang yang sicelur sekejap dan dikopek
Tauhu kering yg digoreng ie tauhu pelampung
Telur rebus

Sayur sawi yg jenis tak pahit.

Cara:
Panaskan minyak masak dlm 3 sudu besar
Tumis bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
Masukkan bahan yg diblender.
Tunggu sampai wangi. Api sederhana.

Bancuh setengah paket serbuk kari dengan sedikit air asam jawa.
Lumurkan baki serbuk kari pada ayam yg telah dibersihkan.

Masukkan kari pes tu dlm tumisan yg dah wangi.
Gaulkan rata. Masukkan ayam dan gaul.
Masukkan santan.

Dah mendidih, masukkan fishball dan fishcake.

Masukkan kerang, tutup api dapur

Celurkan mee kuning. Dah kembang, toskan.

Hidangkan bersama cili merah, limau kasturi dan telur rebus tadi.