Thursday, July 28, 2016

Mee Hoon gerenti sedap

Bahan:

Sebungkus mee hoon
Daging cincang
Sos Tomato 4 sudu
Sos Cili 2 sudu
Cuka 1 sudu
Taugeh 50sen
Udang kalau ada
Kicap kalau suka masin
Sos tiram 1 sudu.
Bawang putih 3 ulas di tumbuk halus
Air segelas

Panaskan minyak
Tumis bawang putih
Masukkan daging
Masukkan sos tomato, sos cili, cuka, sos tiramdan sedikit air
Gaul sampai menggelegak
Masukkan Mee hoon dan gaul rata, kalau kering sangat tambah air biar dia mendidih
Gaul sekata
dah kering sikit, masukkan telur sebiji (optional)
gaul lagi, last sekali masukkan taugeh gaul 5 saat, tutup api dan siap

Daging masak halia ala low grand

Bahan:

Daging lembu dihiris nipis 2 inci x 1 cm - buat dalam 6 keping
bawang putih 3 biji ditumbuk lumat
Halia tak nak tumbuk pun tak pa, tapi hiris nipis2
Sos tiram 2 sudu
Kicap 1 sudu


Panaskan minyak
Masukkan daging dan goreng agak separuh masak
Angkat

Masukkan bawang putih, halia, sos tiram dan kicap dalam kuali tadi
gaul2 dan rasa, atau bau dah sedap sangat, masukkan daging dan gaul2

Siap....

Ketam Masak ala Low Grand

Bahan:

Ketam 2 ekor besar (belah tengah pon ok, tak belah pun ok, tapi siang buang insang dia ye)

4 biji Telur masin yang direbus (ambil kuning dia saja nanti)
Tepung jagung
Minyak Masak
Bawang putih ditumbuk 3 biji
Cili merah ditumbuk 1 biji
minyak masak
butter sesudu
daun kari 4 pucuk

Cara2:

taburkan tepung jagung hingga meliputi si ketam
Goreng ketam dalam minyak panas hingga separuh masak
Angkat taruk tepi

panaskan butter dan sedikit minyak
masukkan bawang putih yg dah tumbuk dan cili merah tadi
Masukkan kuning telur yang dah ditumbuk lumat
MAsukkan daun kari
Gaul sampai gelegak
Masukkan ketam gaul2 sampai rata.
Angkat

Siap....

Friday, July 1, 2016

Doa malam lailatulqadar


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu 
mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): 
sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir 
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan 
orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. 
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku 
(dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah 
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi 
baik serta betul."
(Al-Baqarah: 186)

Ini adalah janji Allah, Dia akan perkenankan doa kita.
Bila??? Hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Jangan kita cepat berputus asa. Dengan doa dan
usaha yang betul, berserahlah kepada-Nya.
Dan paling PENTING, kita yakin bahawa Dia
akan tunaikan hajat kita itu.
Inshaa Allah.

Allahummainnaka 'afuwun Karim, tuhibbul 'afwa fa' fuanna
Waanwaalidina
Waanjamiilmusliminawal muslimat
Birahmatikayaa arhamarraahimin...
Amin.