Maaf kepada semua pengunjung blog ini, surat permohonan saya untuk upload cerita ini ditolak.
sila lihat email dibawah
En Nordin;
Saya Norlia, pengusaha blog http://novelmalay.blogspot.com memohon untuk mendapat persetujuan dari pihak tuan untuk memuat naik (upload) novel Adam dan Hawa oleh Aisya Sofea. Yuran yang akan saya kenakan kepada mana-mana pembaca yang berdaftar adalah RM5 sekali membaca. Pendaftaran permulaan untuk mengunjungi mana-mana novel online adalah RM20 seumur hidup. 'Right mouse click' akan disable bagi mengelakkan pembaca memuat turun novel tersebut.
Sekiranya pihak tuan bersetuju dengan cadangan saya, royalti bagi penerbit akan saya berikan sebanyak RM1 bagi setiap kali pembaca membayar yuran.
Diharap pihak tuan bersetuju dan silalah kunjungi laman web http://novel-online.blogspot.com
Sekian. Terima kasih.
Norlia
Putrajaya.
Reply Forward
Alaf 21 to Nordin, me
show details 3:19 PM (13 minutes ago) Reply
Sdri Norlia,
Pihak Alaf 21 tidak pernah bercadang untuk menjadikan Adam & Hawa dalam bentuk ebook.
Sila padamkan entri anda dalam masa 24 jam. Jika kami dapati anda meneruskan usaha ini,
pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap saudari.
Norden Mohamed
Pengurus Besar,
ALAF 21 Sdn. Bhd.
Monday, March 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
hai..saya sudah baca novel Adam dan Hawa memang best...
kenapa x boleh kan bgs kita memupuk minat membaca xkish lah dr mana pun
alahai.. royalti murah sgt, sbb tu A21 tak agree..
Post a Comment